PuteriKampar

PuteriKampar
Saya memegang kepimpinan untuk menunjukkan bahawa saya serius, komited dan dedikasi. Saya boleh beri jaminan kepada anda, sebagai Perdana Menteri anda, saya akan lakukan yang terbaik untuk mengubah Malaysia. – Datuk Seri Najib Tun Razak

11/23/12

SAFE GAZA...

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Umat Islam di negara ini hari ini mengadakan solat hajat dan membaca qunut Nazilah bagi meminta kesejahteraan untuk rakyat Palestin. Di Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan, doa qunut Nazilah dibacakan pada rakaat kedua solat Jumaat dan disusuli solat hajat selepas itu yang disertai ribuan jemaah. Ketika membaca qunut Nazilah, kedua-dua imam masjid tersebut tidak mampu menahan sebak sehingga menyebabkan ada dalam kalangan para jemaah turut mengalirkan air mata.
Malah, khutbah khas bertajuk Tangisan Gaza yang mengecam keganasan Israel turut dibacakan oleh khatib kedua-dua masjid kepada jemaah yang hadir. Antara lain isi kandungan khutbah tersebut yang dibacakan oleh khatib Masjid Negara, Amru Alhaz Adnan dan Masjid Wilayah Persekutuan, Mohd. Ashraf Ibrahim ialah menyamakan kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin dengan keganasan Yakjuj dan Makjuj. "Kekejaman dan keganasan Israel ke atas Palestin mengingatkan kita kepada keganasan Yakjuj dan Makjuj yang disebutkan dalam al-Quran. Israel merupakan bangsa penjenayah kejam yang tidak membezakan orang tua, wanita, kanak-kanak, masjid, rumah ibadat, tempat awam dan terkenal sebagai bangsa yang kuat memusuhi Islam serta Arab.
 



 
"Oleh itu, umat Islam di seluruh negara diseru mengadakan solat sunat hajat dan bacaan Qunut Nazilah, memohon doa ke hadrat Allah SWT agar dikurniakan keselamatan dan keamanan kepada rakyat Palestin, diberikan kekuatan semangat, kecekalan hati serta kemenangan dalam menghadapi kezaliman Israel," katanya. Solat hajat itu dan bacaan Qunut Nazilah tersebut diadakan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta masjid-masjid utama di seluruh negara mengadakan majlis tersebut bagi kesejahteraan rakyat Palestin.
Di IPOH, kira-kira 500 jemaah menunaikan solat hajat mendoakan keselamatan umat Islam di Palestin, Rohingya, Syria dan negara-negara lain yang dizalimi musuh Islam selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Idris Shah II.
 

Petikan Utusan Online.

5/11/12

Selamat Ulang Tahun UMNO Ke-66

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 disambut dengan begitu bersemangat dan meriah hari ini.
Stadium Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti 100,000 penuh sesak sehingga tidak cukup tempat duduk.Tidak salah jika dikatakan bahawa sambutan ini adalah yang paling bersemangat dan hebat sejak berakhirnya era pemerintahan Ayahanda Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Petikan lirik lagu UMNO iaitu, ‘UMNO terus mara’ adalah tepat untuk menggambarkan perjuangan parti yang banyak berjasa ini.Walaupun dicabar, ditentang dan diasak dari luar, dari dalam dan sejak dahulu sehingga sekarang, UMNO kekal tegak berdiri memikul amanah agama, bangsa dan negara.
Jika pembangkang masih enggan mengakui akan kekuatan UMNO, maka mereka harus berfikir sekali lagi selepas menyaksikan perhimpunan raksaksa ini.Tetapi, kita yakin bahawa pembangkang sebenarnya cukup maklum akan kekuatan UMNO dan kerana itulah mereka perlu mengadakan BERSIH, perlu mempersoalkan sistem pilihanraya, perlu menggembar-gemburkan kisah pengundi hantu dan sebagainya untuk dijadikan alasan apabila kalah dalam pilihanraya nanti.
Kerana itulah juga mereka tidak jemu-jemu berusaha menjatuhkan UMNO melalui jalan belakang bagi mengelak dari melalui pilihanraya.Begitu jelas sekali bahawa sokongan terhadap pembangkagn tidaklah sekuat laungan fitnah yang mereka lemparkan terhadap kerajaan.
Malah, perhimpunan BERSIH 3.0 yang ditaja oleh zionis, di mana peserta-peserta diberi bayaran juga hanya mampu mengumpul lebih kurang 25,000 orang sahaja.Itupun setelah dicampur dengan kumpulan penentang Lynas dan penyokong LGBT yang menyasarkan musuh yang sama iaitu UMNO.
Justeru, di manakah yang dikatakan kekuatan pembangkang? Di dalam laman sosial di internet sajakah? Kenapakah penyokong-penyokong tegar di internet itu tidak mampu dikumpulkan secara tersusun untuk turun berdemonstrasi ketika BERSIH 3.0? Apakah mereka tidak cukup bersemangat? Atau tidak cukup keyakinan? Atau pengecut? Atau bayaran yang diberi oleh pihak pembangkang/BERSIH terlalu rendah?
Jawapannya ialah kerana penyokong mereka tidak seramai mana. Segelintir yang ada itu pula pondan-pondan, pengecut dan pak-pak turut belaka – konon ingin berjuang tetapi terhegeh-hegeh meminta simpati apabila cedera. Kerana itulah BERSIH 3.0 gagal dan kerana itulah juga pembangkang bakal kalah lagi dalam pilihanraya kali ini. Walaubagaimanapun, kita wajar mengucapkan terima kasih kepada pembangkang kerana kita percaya, semangat yang memuncak dan kesedaran yang meningkat di kalangan golongan atas pagar yang diterjemah dalam sambutan ulang tahun UMNO hari ini adalah sedikit sebanyak berpunca dari sikap dan kelemahan pembangkang sendiri, terutamanya dalam penganjuran BERSIH 3.0.
Sesungguhnya, sifat pembangkang yang sentiasa bergelumang dengan skandal dan suka melakukan kerosakan, memudahkan kerja UMNO. Jika pembangkang perlu melakukan penipuan dan memfitnah seperti memalsukan gambar dan mereka-reka cerita tentang keburukan pemimpin UMNO, UMNO pula tidak perlu berbuat begitu. UMNO hanya perlu tunggu dan lihat sahaja bagaimana pembangkang ‘membunuh’ diri mereka sendiri secara perlahan-lahan. Itulah bezanya parti yang berjasa dengan parti yang hanya tahu bercakap. Manusia yang banyak bercakap selalunya akan lebih banyak berbuat silap.Begitu jugalah dengan pembangkang yang saban hari kerjanya adalah bercakap, berkempen dan berceramah. Semakin lama semakin banyak yang mereka tersasul dan semakin teruk mereka merapu.
UMNO pula tidak perlu bercakap banyak dan hanya bercakap bila perlu. Selebihnya UMNO bekerja untuk rakyat dan untuk negara.Hari ini, kita bertuah dapat menyaksikan UMNO bangkit kembali dari kecederaan dan terus mara menuju pilihanraya demi agama, bangsa dan negara! Hidup UMNO! Hidup Melayu! Allah selamatkan Malaysia!
- Petikan dari Perak Today dan sumber gambar dari Utusan Online . 12/05/2012

1/27/12

Tun Dr.M : AUKU tetap relevan


Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) tetap relevan kepada orang yang tidak tahu menjaga diri dan tidak menghargai peluang yang harus digunakan sebagai seorang mahasiswa, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah melarang sekiranya mahasiswa ingin mengadakan sebarang debat dalam kawasan universiti tetapi yang hendak dikawal adalah perbuatan mereka berkempen secara melampau.


"Yang kita larang adalah tindakan nak pergi kempen di sana sini. Orang bayar duit kepada kita. Kita belajar menggunakan orang lain, jadi kena bertanggungjawab dengan orang yang bekalkan kita dengan wang supaya belajar betul-betul.


"Kemasukan (ke universiti) kebanyakan pelajar Melayu bukan kerana pencapaian tinggi, (dan) kalau tak kerja kuat mereka akan ke belakang," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sesi Bicara Tokoh bersama beliau sempena Tahun Koperasi Antarabangsa 2012 di sini hari ini.


Dr Mahathir berkata mahasiswa seharusnya menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran, dan selepas tamat pengajian dan mempunyai pekerjaan serta pendapatan sendiri, barulah mereka bebas melakukan apa saja.


"Kita fikir (jika) tak demonstrate (berdemonstrasi) tak boleh jadi ahli politik yang baik. Saya dulu takdak demonstration pun tapi boleh jadi ahli politik yang ada kebijaksanaan juga," katanya.


Beliau berkata lebih menyedihkan ialah yang sering terlibat dengan demonstrasi membantah Auku adalah mahasiswa Melayu, manakala kaum lain tidak melakukan perkara itu.


"Saya bukan rasis tapi budak Melayu ini kelulusan tak tinggi, orang inilah yang nak sangat hapuskan AUKU. AUKU tidak relevan kalau kita tahu menjaga diri," katanya. -

Petikan dari Bernama


1/24/12

Gong Xi Fa Chai

Puteri Umno Kampar mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina pada semua rakan-rakan blog terutama dari parti komponen Barisan Nasional. Semoga Tahun Naga akan membawa lebih kejayaan dan keamanan kepada kita semua rakyat Malaysia yang tercinta ini.
Gong xi fa chai !



admin puterikampar.

12/22/11

Mahasiswa oh Mahasiswa


KUALA LUMPUR 22 Dis. - Hasrat Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah tercapai malam tadi. Memorandum tersebut disampaikan 15 wakil Aspirasi diketuai Presidennya, Mohd. Shahar Abdullah dalam pertemuan tidak dirancang di pekarangan Dewan Besar Universiti Putra Malaysia (UPM).

Menurut Mohd. Shahar, mereka berasa agak kecewa apabila Saifuddin tidak memenuhi permintaan untuk bertemu ketika perhimpunan membabitkan lebih 1,000 ahli Aspirasi diadakan di kementerian itu petang semalam.

"Alhamdulillah berkat daripada semangat kesamaan semua terlibat akhirnya memorandum itu sampai juga ke tangan timbalan menteri secara aman tanpa sebarang kekecohan. "Biarpun Datuk Saifuddin agak terkejut apabila melihat kedatangannya ke UPM disambut oleh ahli Aspirasi, beliau tetap menerima memorandum berkenaan dan meminta tempoh untuk meneliti terlebih dahulu kandungan memorandum itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Semalam, gerakan mahasiswa, Aspirasi dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi di Putrajaya bagi menyerahkan dua memorandum kepada menteri dan timbalan menteri kementerian berkenaan.
Namun, kedua-dua memorandum berkenaan diterima oleh wakil menteri dan timbalan menteri tersebut. Tambahnya, apa yang terkandung di dalam memorandum berkenaan adalah gesaan agar Saifuddin bertanggungjawab terhadap kelakuan biadap ahli Solidariti Mahasiswa Malaysia (SSM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (Bebas) yang menurunkan bendera yang mempunyai wajah Perdana Menteri pada Sabtu lalu.

Selain itu, jelasnya, gesaan turut dibuat agar Saifuddin mendesak SSM dan Bebas untuk mengemukakan permohonan maaf dalam masa 14 hari."Jika dua perkara itu tidak berlaku dalam masa yang ditetapkan, kami mahu beliau meletakan jawatannya," tegasnya. Dalam masa sama, Mohd. Shahar turut mempersoalkan tindakan yang dilakukan oleh Saifuddin yang dilihat sengaja untuk mengelak pertemuan berkenaan dan seolah-olah mengamalkan sikap berat sebelah.

"Jika beliau sanggup mengorbankan masa bertemu SSM dan Bebas, mengapa dengan kami beliau memberikan hari lain untuk bertemu sedangkan sudah ramai yang berkumpul di Putrajaya. "Sememangnya kami diberitahu bahawa beliau mempunyai program di Batu Pahat, Johor di sebelah pagi dan petang pula perlu ke Seremban, Negeri Sembilan, jadi mengapa beliau tidak boleh mencuri sedikit masa untuk datang ke Putrajaya sedangkan program di Johor itu tamat sekitar jam 11.30 pagi.

"Biarpun kami memberikan notis yang pendek untuk mengadakan perhimpunan itu tetapi ia sama seperti mana yang dilakukan SSM dan Bebas. Jadi, mengapa tuntutan dua pertubuhan tidak berdaftar itu boleh dilayan sedangkan kami diberi tawaran lain?" soalnya.

Katanya, apa yang dikesalkan adalah sikap Saifuddin yang tidak membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar. Sehubungan itu, satu gerakan Aman Kampus turut dilancarkan dalam perhimpunan tersebut dan ia akan digerakkan mulai awal tahun hadapan."Untuk permulaan Aman Kampus akan singgah di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan akan singgah ke kampus-kampus lain secara berperingkat.

"Program ini adalah bertujuan untuk menyedarkan mahasiswa agar mempertahankan keharmonian dan keamanan dalam kampus tampa campur tangan pihak luar yang mahu memutar belitkan pemikiran mahasiswa," ujarnya.

11/25/11

BN Untuk Orang Muda

KUALA LUMPUR, 23 Nov. – Slogan ‘BN Untuk Orang Muda’ adalah bukti pengiktirafan pucuk pimpinan parti kepada golongan muda dalam memastikan bahawa kelompok tersebut terbabit dalam pentadbiran dan memajukan negara.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin melihat bahawa Presiden BN merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menggambarkan kepada semua pihak bahawa peranan golongan muda adalah amat penting dalam memastikan kesejahteraan dan kestabilan berkekalan.

“Slogan ini jelas sekali gambarkan bukan saja peranan yang dimainkan oleh golongan muda tetapi juga sesuai dengan peratusan golongan generasi tersebut yang tentunya mempunyai kuasa dalam memilih kerajaan bagi mentadbir negara selepas pilihan raya akan datang,” katanya dalam temubual eksklusif bersama UMNO-Online.

Jelasnya, jumlah pengundi muda iaitu generasi di bawah usia 40 tahun adalah besar iaitu mencapai 38 peratus daripada keseluruhan pengundi. “Sudah tentu generasi muda ini akan memainkan peranan besar bagi menentukan kepimpinan akan datang yang secara tak langsung dapat memastikan generasi tersebut turut bersama-sama kepimpinan BN apatah lagi golongan ini seringkali dikaitkan sebagai golongan atas pagar.


“Dengan adanya ‘BN Pilihan Orang Muda’ maka pastinya kita mahukan kelompok ini untuk bersama-sama dengan kita dan mencorakkan masa depan akan datang,” katanya. Slogan ‘BN Pilihan Orang Muda’ telah dilancarkan untuk Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia di depan lebih 4,000 orang perwakilan kedua-dua sayap itu yang mewakili setiap bahagian seluruh negara Ahad lalu oleh Datuk Seri Najib sendiri dalam majlis Amanat Presiden kepada pergerakan terbabit.

“Saya yakin dan percaya ini adalah aspirasi Presiden parti terhadap kedua-dua sayap muda atas keyakinan bahawa kedua-dua sayap ini dapat memberi impak terhadap apa yang beliau transformasikan sama ada dalam politik dan sebagainya,” katanya. Walaupun begitu, katanya di peringkat parti kita masih perlukan banyak tindakan yang sebahagiannya perlu dimainkan oleh kedua-dua sayap khususnya dalam menarik generasi muda untuk memberikan sokongan kepada parti.

“Perbezaan yang dialami kali ini amat berbeza sekali kerana Presiden telah mengambil peluang dengan mengadakan sesi khas untuk generasi muda secara berasingan daripada trend yang biasa yang tentunya memfokuskan kepada amanat yang akan dibawa oleh kedua-dua pergerakan ini untuk masa akan datang bagi dibawa keperingkat akar umbi khususnya sebagai persediaan berdepan Pilihan Raya Umum,” katanya. –

Petikan dari MediaUMNO.